"




Δbc ♥

Big Boss





sᴀʏᴀ sᴀʏᴀɴɢ ᴍʏʀᴜʟ ᴀʜᴍᴀᴅ ♥



The Cbox Song



Credits

Daisypath Anniversary tickers
This skin is made by : Fyzaaa
Using basecode :
ohkecikkkk

All rights reserved ® Your Name 2011 - 2012


Dia Yg Satu ♥


Monday, 17 December 2012 05:54 0 Atashinci(s)



Aku tidak tahu hendak mula dari mana . Hati aku buntu.
Hari ini tiba-tiba tangan aku rajin untuk menaip blog ,
 Aku tahu blog aku ta bpe cun cam blog hmpa :)
Sudah empat bulan aku bersama ironman aku.
Ya, aku amat sayangkan dia.
Aku sudah berjanji dengan diri aku sendiri dan juga dia yang aku akan
setia kepada dia. Dia yang satu.
Walaupun aku dan dia selalu bertengkar.
Kadang-kadang terkasar bahasa.
Berlaku konflik yang tidak disengajakan.
 Tapi aku tetap bersyukur kerana sampai sekarang hubungan aku dan dia masih teguh.
Aku tahu semua orang pernah buat silap mahupun aku atau dia.
 Setiap dugaan kami tempuhi bersama sampaikan kadang-kadang
aku terpaksa mengalirkan air mata.
Ya, aku memang seorang yang mudah menangis.
 Sangat mudah. Hanya tuhan yang tahu bagaimana perasaan aku bila menangis.
Dia sudah masak dengan aku. Aku kuat merajuk.
Aku kuat cemburu. Semua itu ada pada diri aku.
Tapi dia tetap sabar dengan sikap aku.
Sama juga dengan dia.
Dia seorang yang kuat cemburu. Tapi aku paham.
Aku paham perasaan dia.
 Dia sangat sayangkan aku. Begitu juga aku amat menyayanginya.
Hampir setiap malam, aku kerap bermimpi soal dia.
Mahu pun positif mahupun negatif.
Kata orang tak semua mimpi jadi kenyataan.
Tapi aku minta semua mimpi positif tentang dia jadi kenyataan.
 Aku nak sangat semua tu berlaku. Nak sangat.
Ya, Allah aku mohon jika dia benar-benar jodoh aku.
Kau dekat kan lah hati aku dengan dia.
Kau satu kan lah hati aku dengan dia.
Agar aku dan dia boleh hidup bahagia selamanya.
Amin ..
Bye, Assalammualaikum.